Kalam Mulia

laailahaillallah

laailahaillallah

Welcome

Khamis, 11 November 2010

Assalamualikum W.b.T.

Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah kerana di panjangkan umur dan diberi kenikmatan kemanisan Iman untuk sama-sama kita "Takarrub" kepada Allah.

Sekarang telah tiba masanya cuti semester bagi KUIM dan juga yang sewaktu dengannya....
disini ingin ku ucapkan kepada teaman-teman "Selamat Menjalani Cuti Semester".Oleh itu,gunakanlah masa sepenuhnya semasa cuti semester ini dengan aktiviti yang berfaedah serta bermanfaat kepada diri kita.Elakkan diri dari terjebak kepada benda-benda yang membawa kesan negatif pada diri kita.
Kepada teman-teman yang akan "Praktikal" di tempat masing-masing ku ucapkan selamat segalanya menimba ilmu dan pengalaman..khususnya buat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam 4 dan juga Diploma Pengajian Islam Dengan Sumber Manusia 4.(Good Luck)..=)...dan sebelum tu...good luck for final kali ni semua students KUIM.

SALAM PERJUNGAN.

Allahu Akbarr!!!

Isnin, 30 Ogos 2010

Lailatulqadar: "Kemuncak Bulan Ramadhan".

Menurut huraian ulama', rahimahullah, Lailatulqadar merupakan "kemuncak bulan Ramadhan" kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Qur'an al-Karim dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

Sebab itulah umat Islam digalakkan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat, dengan membaca Al-Qur'an dan memperbanyak beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w.

Orang-orang yang tekun beribadat pada sepuluh malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan, kerana telah sabit dalam hadith-hadith yang sahih bahawa malam "Lailatulqadar' wujud pada salah satu dari malam-malam yang sepuluh itu, terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Orang-orang yang tekun beribadat dalam masa yang tersebut - untuk menemui malam Lailatulqadar - akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada ia dapat menemuinya (dengan melihat sesuatu yang luar biasa) atau tidak dapat menemuinya dan tidak melihat apa-apa. Kerana yang penting seperti yang tersebut dalam hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang telah diterangkan pada bahagian yang lalu ialah:

Pertama: Menghayati masa yang tersebut dengan amal ibadat.

Kedua: Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat.

Ketiga: Amal ibadat itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat-Nya dan keredhaan-Nya.

Sebelum itu hendaklah ia bertaubat dengan sebenar-benarnya - "Taubat Nasuha" dan terus "Beristiqamah" (tetap teguh - mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya).

Sabtu, 23 Januari 2010

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.Inilah akibatnya jika seseorang itu tidak berfikir panjang,tidak berfikiran waras sanggup melakukan perkara yang luar dari jangkaan.

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi ataupun sebaliknya, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting untuk kita mengetahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita, yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…dengan ketentuannya.

"Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik"

"Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik"

Pilihan semua itu anda yang tentukan.

Ahad, 10 Januari 2010

Hadis Nabi Mengenai Wanita.


19 HADIS NABI MENGENAI WANITA

1.Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda

"IBU LEBIH PENYAYANG DARIPADA BAPA DAN DOA ORANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA SIA"

2.Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristihgfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

3.Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seorang perempuan melahirkan seorang anak, keluarlah dia dari dosa dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari air susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila ' semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8.Barang siapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun)

10.Perempuan yang apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab Rasulullah " SUAMINYA" . Siapa pula berhak terhadap lelaki ?Jawab Rasulullah, " IBUNYA".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan dilaut, burung diudara , malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) didalam syurga.

18.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah R.A. barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Di Saat Ibu Melahirkan Kita...




Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyemba
h melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan j
anganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan. Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada A
bdullah, katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.


DOAKANLAH KESEJAHTERAAN MEREKA SETIAP KALI LEPAS SOLAT KITA ... !!!





Amalkanlah!!!






Ruangan komen

HTML Comment Box is loading comments...

My Rabbit's