Kalam Mulia

laailahaillallah

laailahaillallah

Welcome

Isnin, 30 Ogos 2010

Lailatulqadar: "Kemuncak Bulan Ramadhan".

Menurut huraian ulama', rahimahullah, Lailatulqadar merupakan "kemuncak bulan Ramadhan" kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Qur'an al-Karim dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

Sebab itulah umat Islam digalakkan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat, dengan membaca Al-Qur'an dan memperbanyak beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w.

Orang-orang yang tekun beribadat pada sepuluh malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan, kerana telah sabit dalam hadith-hadith yang sahih bahawa malam "Lailatulqadar' wujud pada salah satu dari malam-malam yang sepuluh itu, terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Orang-orang yang tekun beribadat dalam masa yang tersebut - untuk menemui malam Lailatulqadar - akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada ia dapat menemuinya (dengan melihat sesuatu yang luar biasa) atau tidak dapat menemuinya dan tidak melihat apa-apa. Kerana yang penting seperti yang tersebut dalam hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang telah diterangkan pada bahagian yang lalu ialah:

Pertama: Menghayati masa yang tersebut dengan amal ibadat.

Kedua: Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat.

Ketiga: Amal ibadat itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat-Nya dan keredhaan-Nya.

Sebelum itu hendaklah ia bertaubat dengan sebenar-benarnya - "Taubat Nasuha" dan terus "Beristiqamah" (tetap teguh - mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya).

Tiada ulasan:

Ruangan komen

HTML Comment Box is loading comments...

My Rabbit's