Kalam Mulia

laailahaillallah

laailahaillallah

Welcome

Sabtu, 14 Mei 2011

Bismillahirahmannirrohim.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Dialah yang mentadbir sekalian alam ini.Dialah juga yang menyemaikan rasa kasih sayang di dalam diri seseorang agar berkasih sayang satu sama lain dengan jalan yang benar.

Inilah fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi.Memang amat kecewa,sedih dan bermacam-macam lagi rasa apabila hati dikecewakan oleh seseorang yang kita sayang..bukan mudah pula untuk meredakan keadaan yang begitu tegang.

Ingin ku kongsi sedikit pengalaman......diri ku...

Sekali lagi ku rasakan pisang berbuah untuk kali keduanya...mengapa ini terjadi ???.ku merasakan apa yang pernah ku rasakan buat setahun yang lalu berulang kembali..amat perit untuk menerima hakikat sebenar...walaubagaimanapun..ku redha menerima ketentuan dari Nya.mungkin ini merupakan satu ujian terhadap diriku...ku tahu setiap hamba yang menerima ujian dan dugaan dari Nya semata2 adalah kerana Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesabaran hambanya itu dalam menghadapi rintangan yang penuh keperitan itu.Secara tidak langsung,ini menunjukkan Allah masih sayang pada hamba-hambanya.

Sebelum ini pernah bertahan selama 3 tahun...pada mulanya baik..alhamdulillah,tetapi apabila masuk tahun yang ketiga bercouple,maka mulalah bibit-bibit kerengganggan...ku dapat merasakan ia akan berakhir..rupa-rupanaya benar berlaku...yang membuat ku terkilan dan menjadi tanda tanya apakah kecilapan ku sehingga terjadinya hal ini...ia tidak begitu jelas....hampa.hurmmm....sabar menemaniku...dan hatiku.

Ku mengambil kesimpulan bahawa...ku dan dia amat berbeza,walaupun makhluk Allah...hanya yang membezakan adalah ketaqwaan seseorang itu terhadap tuhannya...ku sedar bahawa diriku serba kekurangan jika hendak di bandingkan dengannya.Tidak mengapalah...semoga berbahagialah bersama dengan orang tersayang yang tidak pernah ku ketahui hal itu.dan ternyata bahawa ia bahagia.Tahniah ku ucapkan..semoga selamat hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat.

Setahun sudah ia berlalu...

Kini peristiwa itu ku lalui kembali..walaupun bukan jalan cerita yang sama...ku xpernah mengenali dirinya,dipendekkan cerita dia seorang yang baik hati,penyayang,periang,seorang yang kuat bekerja,mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dirinya,seorang yang bermotivate,senyumannya membuatku tertarik hati.

Pada mulanya memutuskan untuk bercouple.ya,itu sememangnya terjadi,tetapi,selepas setahun bersama mengenali hati budi,akhirnya sekadar kawan...ya Allah, kau maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui....sepanjang tempoh setahun mengenalinya,bermacam-macam dugaan yang datang.

Akhir-akhir ini mengapa perasaannya mula hambar...mungkin di atas sebab diriku yang banyak kekurangan...manusia tidak lari dari melakukan kesilapan samada yang nyata atau tidak sengaja,sebelum ini,dia pernah beberapa kali ingin minta dilepaskan...(hope jangan salah tafsir),tetapi aku tidak bersetuju..dia mendiamkan diri.mungkin akur dengan kehendak ku.

Walaubagaimanapun...ia tidak berkekalan...ia menyatakan bahawa ia rasa bersalah terhadap diri ku..yang mana, ia tidak lagi rasa gembira dan bahagia bersama ku...akhirnya ku tanyakan padanya apakah perasaan dia terhadap diriku,akhirnya kelaurlah jawapan dari mulutnya menyatakan bahawa dia menganggap ku adalah sebagai kawan baik sahaja.Jadi aku tidak mahu menyakitinya,maka ku ambil keputusan terpulang pada dia...pada ku,jika jawapan yang keluar dari mulutnya itu membuatkan ia rasa bebas,maka,teruskan dengan kehidupannya seperti yang ia mahukan.

Walaupun,ku tahu ini kali kedua ku menghadapi situasi yang hampir sama..ku tabahkan hati ini untuk menjadikan ia suatu cabaran bagi diriku...mungkin persekitaran juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi keperibadian seseorang itu.Hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui setiap apa yang terjadi.

Semoga dikau berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada diri ku ini,dan ku juga sedar terlalu banyak kekurangan yang ada pada diri ku ini.Akhir kata...

Salam kenangan.

Sekian.

ألسلام عليكم ورحمة ألله وبركاته

Tiada ulasan:

Ruangan komen

HTML Comment Box is loading comments...

My Rabbit's