KAWAN Vs
JANGAN
KAWAN
Imam Ghazali telah
mengariskan bagaimana untuk memeilih seseorang itu untuk di jadikannya kawan
yang baik dan kawan yang tidak baik,kerana kawan boleh mempengaruhi kehidupan
seharian kita.
Pertama : PILIH kawan yang berakal,JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua : PILIH kawan yang berakhlak,JANGAN pilih
kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.
Ketiga : PILIH kawan yang soleh,JANGAN pilih kawan
yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :PILIH kawan yang bersederhana,JANGAN pilih
kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima : PILIH kawan yang bercakap benar,JANGAN
pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Jadi melalui kesemua diatas dapatlah diterangkan
bahawa kawan boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita semua.Jika baik berkawan
maka baiklah perangai kita,jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita.
Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim,Nabi s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
“Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat
kebiasaan sahabatnya,Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.”
“Orang yang tidak
berkawan dan orang yang gagal mencari kawan adalah merupakan orang yang gagal
dalam hidupnya.”
"Sebaik-baik
teman adalah orang yang suka mengingatkan kesalahan kita,bukan yang membiarkan
ketika kita berbuat salah."
"Sesiapa yang mengasihani sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan
mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim,daripada Abdullah bin Mas’ud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan