Kalam Mulia

laailahaillallah

laailahaillallah

Welcome

Selasa, 3 Januari 2012

Adab-adab Memberi Salam membuka lembaran Tahun Baru 2012 Masihi /1433 Hijrah.


        Sebagai permulaan tahun baru ini 2012 Masihi bersamaan dengan 1433 Hijrah,marilah sama-sama memulakan dengan ucapan yang paling mulia iaitu ucapan "salam."

Disini saya ingin mengongsikan beberapa adab ketika memberi salam yang kesemuanya dipetik dalam hadith.

1.....Ucapkanlah salam sebanyak 3 kali jika berada dikhalayak supaya semua dapat mendengarinya.
 Anas r.a menyebut "Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila mengucapkan suatu kalimat,baginda mengulanginya 3 kali.Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum,baginda memberi salam sebanyak 3 kali."   
 (HR.Al-Bukhari).
2.....Sunah bagi orang yang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki,manakala orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk,sementara orang yang sedikit kepada orang yang banyak,dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hendaklah yang muda terlebih dahulu memberi salam kepada yang tua,yang berjalan kepada yang duduk,dan yang sedikit kepada yang lebih banyak...'Dan dalam suatu riwaya' menyebut,'dan yang berkenderaan kepada yang berjalan." 
(Bukhari dan Muslim).
3.....Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika memjawabnya,kecuali jika di sekitarnya orang-orang yang sedang tidur.Ini bermakna "tiada istilah menjawab salam dalam hati"kerana kita hedaklah memnjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.Di dalam hadith Miqdad bin Al-Aswad disebutkan,"dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bahagian minum dari kami,dan kami sediakan bahagian untuk Nabi s.a.w. Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang-orang yang tidur,namun dapat didengar oleh orang yang bangun." (HR.Muslim)
4.....Disunatkan memberi salam ketika masuk dan meninggalkan majlis.Hadith Rasulullah s.a.w. menyebut,"Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberi salam,dan apabila hendak  keluar hendaklah memberi salam,dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua." (HR.Abu Daud dan sahihkan oleh Al-Albani).
5.....Disunatkan memberi salam ketika masuk kedalam rumah sekalipun rumah itu kosong.Hal demikian ditegaskan oleh Allah dalam surah An-Nur ayat 61,..."Maka apabila kamu masuk kedalam mana-mana  rumah hendaklah memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik...'Sementara itu,Ibnu Umar r.a. menjelaskan,"Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni,maka hendaklah dia mengucapakan dengan ucapan.." Assalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin." (HR.Bukhari didalam Al-Adab Al-Mufrad,dan disahihkan oleh Al-Albani).
6.....Makruh memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat....Ibnu Umar r.a. menyatakan,"Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah s.a.w. sedang buang air kecil,dan orang itu memberi salam,Maka Nabi tidak menjawabnya. "  (HR.Muslim).
7.....Disunatkan memberi salam kepada kanak-kanak.Dari Anas r.a. berkata, "Bahawasanya ketika ia melalui sekumpulan kanak-kanak dia memberi salam,dan dia mengatakan, "Demikianlah yang dilakukan Rasulullah s.a.w....(Muttafaq'alaihi).
8.....Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahli Kitab...Rasulullah s.a.w. bersabda,"Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani ..."(HR.Muslim). Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan ucapakan 'Wa 'alaikum' saja...Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik katanya,Rasulullah s.a.w. bersabda .."Apabila kamu diberi salam oleh Ahli Kitab,jawablah 'Wa 'alaikum."
9.....Disunatkan memberi salam kepada orang yang tidak dikenali.Abdullah bin Umar r.a. menyebut, ada seseorang bertanya kepada nabi s.a.w. "Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi,"Engkau memberikan makanan dan memberi memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal." (Mutafaq'alaihi).
10...Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.Hal ini dinyatakan melalui sebuah hadith,Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata,"Sesungguhnya ayahku   menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab,"'Alaika wa 'ala abikas salam." (HR.Abu Daud dan dihasankan Al-Albani).
11...Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali wujud keuzuran atau keadaan yang tidak mengizinkan.Antaranya,sedang solat,bisu atau orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya...Di dalam hadith Jabir bin Abdillah r.a. diriwayatkan,Rasullullah s.a.w. bersabda,.."Janganlah kalian menberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani,kerana sesunguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan ."(HR.Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Abani).

Inilah beberapa hadith mengenai adab-adab ketika kita memberi salam.
Semoga kita semua dapat mengamalkan apa yang telah sahih daripada hadith-hadith diatas mengenai salam.

Sekian
Selamat Beramal....=)







Tiada ulasan:

Ruangan komen

HTML Comment Box is loading comments...

My Rabbit's